| Photo by Shelley Pauls on Unsplash |
Apehal masih tak tidur lagi ni ? Sebenarnya siang tadi mommy dah terlajak tidur .
Jadi bila tiba nya malam , mula la jadi cergas dan terbilang !kalah kelawar!
Ada misi ni har tengah mencari facts tentang benefits of garlic oil.
Musim banyak wabak penyakit yang sedang menular seantero dunia ni buat mommy bikin takut !
Seriously this not a joke!
Our gov pon dah istihar kawalan pergerakan takkan nak buat relax je kan.
Jadi pentingnya mommy sebagai ibu kepada anak anak untuk menyediakan immune booster utk kami sekeluarga.
Dah lama terdetik nak gali pasal kelebihan garlic ni .
Jadi mommy berjaga malam ni fokus untuk nak gather info tentang tentang cara buat garlic oil.
Kelebihan Bawang Putih aka Garlic :
- Ada pendapat mengatakan amalan memakan bawang putih membantu untuk mengurangkan selsema.
- Kelebihan Bawang Putih juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah untuk mereka yang bermasalah Tekanan Darah Tinggi.
- Bawang Putih juga dipercayai boleh membantu tubuh detox / menyingkirkan bahan toksik seperti logam berat dalam badan.Kajian selama empat minggu di kalangan kakitangan loji bateri kereta (pendedahan berlebihan kepada plumbum) mendapati bahawa bawang putih mengurangkan paras plumbum dalam darah sebanyak 19%. Ia juga mengurangkan banyak tanda-tanda keracunan klinikal, termasuk sakit kepala dan tekanan darah .
Wowwww sangat kan bila baca pasal kelebihan bawang putih ni kan!
So kepada yang tak makan bawang putih tu sila lah jatuh chenta pada bawang putih yang powerful nih!
Esok mommy nak try buat stok garlic oil pula .
Stok bawang putih dah ada cuma belum ada mood nak buat lagi.
Harap esok ada kelapangan dan vitamin R....A....J...I...N datang menerjah diri ini .
Bye adiosss !